Thursday, December 23, 2021
honda civic FE malaysia
Saturday, November 6, 2021
Nombor Plate MALAYSIA Masih Boleh dibeli dan ditempah
Selama pengalaman saya buat servis Runner JPJ untuk nombor plate Putrajaya, sangat sikit peratusan yang tahu kewujudan yang satu ni, malah ada yang tak tahu adakah ianya wujud dan masih boleh ditempah? Ya! Nombor plate MALAYSIA masih boleh dibeli dan ditempah.
Makluman: Nombor Plate MALAYSIA ini masih boleh dibeli dan ditempah selagi artikel ini masih wujud.

Kelebihan Nombor Plate MALAYSIA
Selain plate PUTRAJAYA, plate MALAYSIA adalah salah satu nombor plate yang mempunyai makna jelas tentang sesuatu perkara iaitu lokasi. Jadi pemilik yang menggunakan plate ini boleh berbangga kerana tak banyak nombor plate di Malaysia menggunakan lokasi sebagai Alphabet.
Plate negeri dan Khas yang lain hanya menggunakan huruf bagi mewakili lokasi dan organisasi. Sebagai rakyat Malaysia, untuk menggunakan nombor plate MALAYSIA adalah satu kebanggaan.
Bagi mereka yang terlepas Plate PUTRAJAYA, inilah peluang anda untuk memiliki plate khas selainnya iaitu plate MALAYSIA.
Kekurangan plate MALAYSIA
Walaupun saya berpendapat adalah satu kebanggan menggunakan plate MALAYSIA, tapi saya tak menafikan ianya ada kekurangan. Yang paling jelas adalah jumlah aksara yang banyak, ada 8 aksara untuk melengkapkan plate MALAYSIA. Itu belum termasuk nombor.
Disebabkan kekurangan ini, ianya kurang sesuai untuk didaftarkan di Motorsikal. Ini kerana motorsikal mempunyai ruang nombor pendaftaran yang agak terhad untuk memuatkan kesemua huruf MALAYSIA dalam papan nombor platenya.
Pada pendapat saya ianya lebih sesuai untuk didaftarkan untuk kenderaan selain motorsikal.
Plate Yang Memberi Sinar Sekiranya Tiada Nombor Pilihan
Selalunya customer yang nak beli/tempah plate Putrajaya (F,FA,FB,FC dan FD) mengikut nombor pilihan sendiri. Namun tak semua nombor yang mereka nak tu ada (Not Available). Jadi plate MALAYSIA ini adalah penyelamat bagi mereka untuk dapatkan nombor idaman.
Paling menyeronokkan apabila customer lebih memilih plate MALAYSIA memandangkan ianya lebih eksklusif.
Harga Tempahan nombor Plate MALAYSIA
Bagi anda yang berminat untuk dapatkan nombor plate MALAYSIA, anda boleh hubungi saya O1O6OO9966 (Call/Whatsapp) untuk berurusan. Harga kita bincang di Whatsapp nanti yang mana ianya sudah termasuk dengan upah runner dan nombor plate.
Tempahan dengan runner adalah merangkumi urusan dari A - Z. Anda akan diberikan slip nombor untuk diserahkan kepada salesman kereta untuk tujuan pendaftaran.
plate MALAYSIA
Monday, October 18, 2021
plate putrajaya FD terkini.ng
Monday, August 30, 2021
Tempah Plat FD Putrajaya Fasa 2 Dah dibuka
Baru je saya buat artikel pertanyaan bila plat FD Putrajaya fasa 2 nak dibuka, terus minggu depannya open untuk tempahan awam. Ramai dah tanya bila boleh tempah plat FD untuk nombor 5000 keatas.
Lebih 10 orang yang memang dah dalam list menunggu tak sabar nak book plate number FD 5000 ke atas ni. Jadi ini memang berita gembira untuk diaorang.
Tempahan telah dibuka untuk plat FD
Ternyata mereka yang mintak dimaklumkan tentang tempahan plat FD fasa 2 ni betul-betul setia menunggu. Sejurus saya maklumkan kepada mereka, terus berpusu-pusu tempahan yang saya terima.
Alhamdulillah, dengan kerjasama saya dan partner saya untuk urusan tempahan plat Putrajaya ni semua berjalan lancar. Masing-masing memainkan peranan. Kerja pantas dan tuntas.
Dengan ini, tempahan plat FD Putrajaya dah boleh ditempah bermula dari FD 1XXX ke FD 9XXX. Tertakluk mana yang masih berbaki.
Tempahan nombor Popular sahaja
Suka saya ingatkan semula, semua nombor 2 digit, 3 digit, nombor special, nombor kapit, nombor golden, nombor kahwin, nombor double telah habis. Secara teori mungkin habis pada sesi bidding April 2021 lepas. Yang berbaki adalah kategori nombor popular.
Senaraikan nombor pilihan
Walaubagaimanapun, anda perlu senaraikan beberapa pilihan untuk saya membuat pra semakan sama ada nombor itu masih ada atau sudah ditempah oleh orang lain. Dengan menyenaraikan beberapa nombor, memudahkan kerja tempahan plat Putrajaya ni berjaya.
Masih boleh dapatkan plat Putrajaya yang sebelumnya
Suka saya ingatkan, walaupun plat FD telah dibuka tempahan, anda masih boleh dapatkan nombor plat Putrajaya yang lain seperti;
- FC (tahun 2019)
- FB (tahun 2018)
- FA (tahun 2017)
- F (tahun 2016)
Untuk plat Putrajaya yang lepas-lepas, stock dah tak banyak. Dan ianya makin rare. Lagi-lagi plat FA dan F.
Jika anda berminat untuk tempah plat Putrajaya sama ada FD, FC, FB, FA dan F, anda boleh Whatsapp saya di O1O6OO9966 untuk urusan lanjut.