Wednesday, December 29, 2021

Cara Saya Semak Nombor Plate (Availability)

Sebagai runner plate Putrajaya dan Negeri-negeri lain di Malaysia (Termasuk Wilayah Sabah dan Sarawak), saya perlu efisien untuk memastikan nombor yang nak ditempah masih available (tersedia). Selain akan memudahkan kerja saya, ianya juga akan memudahkan pelanggan saya untuk membuat tempahan. Jadi inilah dia cara saya semak nombor plate.

Sejurus terima mesej dari pelanggan, kebiasaannya pelanggan akan memberikan atau memilih nombor yang mereka nak tempah. Untuk nombor-nombor special, golden dan popular memang kebanyakannya telah habis dibooking oleh runner lain. Namun sekiranya pelanggan bagi nombor yang selain special golden dan popular, pra-semakan adalah WAJIB dilakukan.

Fasa semak Nombor plate yang masih ada

Nombor yang diberi akan disemak menggunakan beberapa cara iaitu;

  1. Semakan dari senarai nombor plate yang saya perolehi dari JPJ.
  2. Membuat semakan menggunakan sistem insuran kenderaan.
  3. Membuat carian dalam 'database' Whatsapp.
  4. Semakan di kaunter JPJ Putrajaya.
  5. Semakan menggunakan apps Nombor plate terkini.

Semua nombor yang dikemukakan oleh pelanggan wajib melalui kesemua fasa 1-5 diatas untuk memastikan nombor yang nak ditempah masih belum ditempah oleh orang lain.

Semakan Senarai Plate yang diterbitkan oleh JPJ

Setiap runner ada strategi masing-masing untuk memastikan kerja-kerja tempahan nombor plate lancar. Menyimpan senarai nombor plate yang masih available merupakan salah satu disiplin yang saya terapkan untuk kemudahan saya. Jadi sekiranya pelanggan nak tempah nombor plate, saya akan terus semak dalam senarai sama ada nombor tu wujud atau tidak. Kebiasaannya kalau nombor tu tak wujud dalam list bermakna ianya telah dibida semasa proses bidaan dijalankan.

Membuat Semakan Menggunakan Sistem Insuran

Selepas berjaya melepasi fasa 1 iaitu semakan dalam senarai yang dikeluarkan JPJ, semakan melalui sistem insuran akan mengesahkan lagi kewujudan nombor yang dipilih oleh pelanggan.

semakan nombor plate menggunakan sistem insuran

Sekiranya nombor yang dipilih telah mempunyai insuran seperti paparan gambar di atas, bermakna nombor itu telah dibeli oleh orang lain dan telah didaftarkan ke dalam kenderaan sama ada kereta atau motorsikal.

Ada juga kes dimana dalam sistem insuran ditulis masih belum ada sebarang pendaftaran, tetapi sebenarnya nombor itu;

  • telah dibeli tapi masih belum didaftarkan ke kenderaan. Biasanya orang ini akan tunggu pembeli lain untuk beli nombor plate yang dia beli itu.
  • Nombor telah didaftarkan di kenderaan, tetapi pemilik kenderaan tidak aktifkan insuran untuk kenderaan mereka. Kiranya insuran yang tak aktif akan memaparkan nombor plate itu seperti masih available.

Carian dalam Whatsapp

Sekiranya semakan dalam insuran mengatakan masih available dan boleh ditempah, saya akan semak pula di dalam chat Whatsapp. Manalah tau nombor itu telah dibeli atau telah disemak oleh runner di kaunter JPJ.

Semak Nombor plate di Kaunter JPJ

Ini adalah fasa terakhir dan fasa paling confirm yang akan menentukan nombor itu masih boleh ditempah atau sudah dibeli orang lain. Masalah semakan di kaunter JPJ hanya boleh dibuat pada hari bekerja dan waktu bekerja sahaja.

Dan untuk mendapatkan status availability sesuatu nombor di kaunter bukanlah satu urusan yang mudah.

Menggunakan Apps Berkaitan Nombor Plate Terkini JPJ

Selain cara diatas, untuk nombor plate Negeri Lain selain Putrajaya saya akan membuat semakan menggunakan laman web JPJ untuk nombor plate terkini atau apps yang berkaitan. Semua tools ini adalah untuk memudahkan proses tempahan nombor plate.

Runner Tempah Nombor Plate

Sekiranya anda nak buat tempahan nombor plate, anda boleh gunakan step dan SOP yang saya terangkan di atas untuk memudahkan kerja anda. Atau untuk urusan tempahan plate yang pantas, anda boleh terus Whatsapp atau call saya O1O6OO9966.

Thursday, December 23, 2021

Penantian Civic FE dan Plate FE

Seiring dengan pelancaran Honda Civic FE baru-baru ini, saya sebagai runner nombor plate Putrajaya juga ternanti-nantikan pelancaran nombor plate FE untuk tahun 2022 nanti. Ntah kenapa saya merasakan pelancaran Civic FE dan plate number FE sangat ideal. Penantian Civic FE dan Plate FE adalah satu excitement luarbiasa.

Tempahan Plate FE sudah mula dibuka. Tempah plate FE Sekarang

https://www.youtube.com/watch?v=phQ4upZA8MU

Susunan model Honda Civic FX

Kalau sebelum ini, pelancaran plate FD juga menjadi penantian bagi saya. Waktu tu saya menjangkakan tempahan plate FD akan akan bertumpu kepada pemilik Honda Civid FD ( Honda Pari). Tapi Honda Civic FD telah lama dilancarkan. Dalam keluarga Civic FX, Civic FD adalah model pertama yang pertama dikeluarkan, diikuti Civic FB, seterusnya Civic FC (generasi civic ke 10) dan yang dinanti-nantikan Civic FE (generasi civic ke 11). Yang peliknya takde pulak Civic FA.

Mungkin disebabkan pelancaran plate FD dan pelancaran penjualan Civic FD mempunyai jarak masa yang berzaman, maka jangkaan saya berkenaan tempahan plate FD akan rancak bagi pemilik Civic FD adalah meleset dan tersasar jauh. Bukan langsung tiada, ada yang beli plate FD untuk Civic FD mereka, tetapi mereka perlu membuat proses interchange. Dan kos interchange bukan murah.

Alhamdulillah, tempahan plate FD bertumpu dan rancak bagi mereka yang kebanyakan mempunyai nama bermula huruf F. Contohnya Fadhil Daniel, Fadhilah, Farah Dafri, Fasya dan lain-lain. Terima kasih kepada semua customer-customer sebelum ini. Terima kasih jugak untuk feedback yang baik.

Tempahan Plate FE sudah mula dibuka. Tempah plate FE Sekarang

Plate Putrajaya FE Mungkin dilancarkan lebih awal

Desas-desus radio Hanoi mengatakan, kemungkinan pelancaran plate FE akan diawalkan dari jadual biasanya. Mengikut kebiasaan, pelancaran plate Putrajaya yang baru adalah sekitar April dan Mei. April fasa bidaan, manakala Mei fasa tempahan.

Sekiranya betul plate FE akan dilancarkan awal, maka ianya sangat-sangat match dengan waktu tempahan Civic FE dibuka kepada orang awam. Namun sekiranya pelancaran mengikut jadual iaitu pada sekitar Mei, ianya masih dalam vibe yang memberangsangkan.

Kemungkinan plate FE dilancarkan lebih awal adalah disebabkan pelancaran plate FD yang lewat sebab tergendala dek kobid. Plate FD sepatutnya dilancarkan pada Mei 2020, tapi disebabkan kobidido maka ianya dilancarkan pada Mei 2021. Jadi sepatutnya tahun 2021 adalah milik FE kalau ikut turutan.

Tempahan Plate FE sudah mula dibuka. Tempah plate FE Sekarang

Tempahan Plate FE sudah mula dibuka

Tempahan plate FE kini telah dibuka (April 2022). Anda boleh hubungi saya di O1O6OO9966 untuk beli nombor pendaftaran Putrajaya plate FE ini sekarang.

honda civic FE malaysia

_wp_attachment_metadata a:5:{s:5:"width";i:1210;s:6:"height";i:684;s:4:"file";s:35:"2021/12/honda-civic-FE-malaysia.png";s:5:"sizes";a:8:{s:6:"medium";a:4:{s:4:"file";s:35:"honda-civic-FE-malaysia-300x170.png";s:5:"width";i:300;s:6:"height";i:170;s:9:"mime-type";s:9:"image/png";}s:5:"large";a:4:{s:4:"file";s:36:"honda-civic-FE-malaysia-1024x579.png";s:5:"width";i:1024;s:6:"height";i:579;s:9:"mime-type";s:9:"image/png";}s:9:"thumbnail";a:4:{s:4:"file";s:35:"honda-civic-FE-malaysia-150x150.png";s:5:"width";i:150;s:6:"height";i:150;s:9:"mime-type";s:9:"image/png";}s:12:"medium_large";a:4:{s:4:"file";s:35:"honda-civic-FE-malaysia-768x434.png";s:5:"width";i:768;s:6:"height";i:434;s:9:"mime-type";s:9:"image/png";}s:14:"post-thumbnail";a:4:{s:4:"file";s:36:"honda-civic-FE-malaysia-1080x540.png";s:5:"width";i:1080;s:6:"height";i:540;s:9:"mime-type";s:9:"image/png";}s:30:"harrison-featured-header-image";a:4:{s:4:"file";s:36:"honda-civic-FE-malaysia-1210x600.png";s:5:"width";i:1210;s:6:"height";i:600;s:9:"mime-type";s:9:"image/png";}s:29:"harrison-horizontal-list-post";a:4:{s:4:"file";s:35:"honda-civic-FE-malaysia-960x684.png";s:5:"width";i:960;s:6:"height";i:684;s:9:"mime-type";s:9:"image/png";}s:15:"yarpp-thumbnail";a:4:{s:4:"file";s:35:"honda-civic-FE-malaysia-120x120.png";s:5:"width";i:120;s:6:"height";i:120;s:9:"mime-type";s:9:"image/png";}}s:10:"image_meta";a:12:{s:8:"aperture";s:1:"0";s:6:"credit";s:0:"";s:6:"camera";s:0:"";s:7:"caption";s:0:"";s:17:"created_timestamp";s:1:"0";s:9:"copyright";s:0:"";s:12:"focal_length";s:1:"0";s:3:"iso";s:1:"0";s:13:"shutter_speed";s:1:"0";s:5:"title";s:0:"";s:11:"orientation";s:1:"0";s:8:"keywords";a:0:{}}}