Sunday, August 21, 2022

Nombor Plate Popular Yang Kononnya Tak Popular

Ada beberapa nombor plate (nombor pendaftaran kenderaan) di Malaysia ni yang popular dan menjadi rebutan ramai orang. Ada yang anggap ianya nombor biasa, tapi sebenarnya ia adalah nombor plate popular yang kononnya tak popular.

Plate Berunsur Nama

Terlalu banyak plate yang bunyi nama terutama untuk plate Putrajaya F, FA dan FE. Antara contohnya;

  1. FE1701 - FENDI
  2. FA1701 - FANDI
  3. FE1124 - FEIZA
  4. FE24 - FEZA
  5. FA35 - FAES
  6. FA12 - FAIZ
  7. FA1215 - FARIS
  8. dan banyak lagi.

Plate Berunsur Kata Khas

Selain nama, terdapat juga beberapa nombor pendaftaran yang berunsur Kata Nama Khas yang akan "Sold Out" setiap kali sesi bidaan berlangsung.

  1. Mana-mana plate bernombor 8055, 805, 8005 - BOSS
  2. 8481
  3. dan beberapa lagi yang popular.

Nombor Golden dan Special (Istimewa)

Sebenarnya nombor golden dan special ni terlalu banyak kombinasinya. Sesiapa yang pandai jangka saingan hangat atau tak hangat maka dia boleh dapatkan nombor special atau golden semasa sesi bidding tanpa bersaing dengan pembida yang lain. Contoh nombor golden adalah seperti berikut.

  1. 1111
  2. 2222
  3. 3333
  4. 111
  5. 222
  6. 333

Manakala nombor special pula adalah seperti susuan berikut AABB, ABAB, ABBA. Contohnya;

  1. 1122
  2. 1212
  3. 1221

Nombor Ong Orang Cina

Bagi masyarakat Cina, mereka ada susunan nombor yang bagi mereka tuah (Ong). Susunan nombor ini biasanya memang cepat habis. Tak kiralah untuk plate Putrajaya atau mana-mana plate negeri lain di Malaysia.

Sebagai contoh, ada bakal pelanggan saya yang pernah cuba untuk mendapatkan nombor pendaftaran 9139, tak kisah untuk mana-mana siri F yang tersedia. Ternyata nombor 9139 dah terjual untuk semua siri F dari plate F, FA, FB, FC, FD dan FE (yang terkini).

Selepas itu dia meminta saya untuk cari 9139 untuk mana-mana negeri yang tersedia. Cubaan ini tak berjaya jugak. 9139 dah habis untuk semua running number bagi semua negeri (pada ketika itu).

Kemudian saya cuba carikan 9139 untuk plate khas (special) UC,UR, UG, dan UM. Ternyata 9139 telah sold out untuk semua siri U.

Itu baru satu contoh, terdapat banyak lagi nombor-nombor plate yang nampak macam nombor biasa, tapi nombor tu selalu habis awal, malah telah di bid awal sebelum dibuka tempahan kepada umum.

Nombor 1 dan 2 digit

Nombor satu dan dua digit adalah nombor yang sangat dinantikan oleh ramai pembida. Harga nombor ini memang sudah sedia tinggi dalam sesi bidaan dalam sistem. Untuk 1 digit harga permulaan bidaan adalah RM20,000 manakala harga untuk 2 digit RM2,000.

Ada sesetengah orang sangka, nombor biasa harganya murah. Contoh paling kerap saya terima adalah "Saya nak plate FE 1701, nombor biasa je" Tahukah anda FE1701 telah dibida sehingga RM23,000 pada sesi bidaan yang bermula pada 1 april 2022?

Ada juga yang menyangka 8055 adalah nombor biasa yang boleh didapati dengan mode running number. Memang tak salah nombor 8055 (dan seangkatan dengannya) adalah nombor dalam kategori biasa. Tetapi tahukah anda, nombor ini akan habis dibida pada setiap sesi bidaan mana-mana nombor plate yang dibuka untuk bidaan.

Nombor 2 digit termasuk dalam kalangan nombor-nombor plate terancam setiap kali sesi bidaan berjalan. Saya tak pasti apa yang berlaku pada nombor 2 digit, special dan golden selepas tamat sesi bidaan sekiranya tidak dibida oleh orang ramai. Rasanya mungkin ada pihak yang oleh mendaftarkan nombor-nombor berkenaan kerana ianya tidak akan masuk ke dalam mySikap sebagai running number.

Dapatkan Nombor Pendaftaran Cantik

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan nombor plate (nombor pendaftaran kenderaan) untuk Putrajaya (Siri F) boleh hubungi saya call atau Whatsapp O1O6OO9966 (Adzril Magicalips PLT) untuk membuat tempahan. Terdapat juga plate special seperti UC, UG, UM, dan UR untuk tempahan.

Wednesday, March 23, 2022

Beli Nombor Plate Untuk Kenderaan Syarikat

Proses pembelian nombor plate untuk kenderaan persendirian dengan kenderaan untuk syarikat secara asasnya adalah sama. Tapi ada 1 perkara kecil yang perlu diambil berat, iaitu berkaitan dengan nombor pendaftaran syarikat. Saya akan berkongsi tips untuk beli nombor plate untuk kenderaan Syarikat.

Gagal membuat pendaftaran nombor plate ke kereta Syarikat

Saya sendiri tak perasan berkaitan isu ini sepanjang saya membuat servis tempahan nombor plate Putrajaya (dan lain-lain negeri) sebab semua urusan berjalan lancar. Sampailah satu hari terdapat satu isu dari pelanggan yang nak daftarkan kereta atas nama syarikat menghubungi saya.

"Encik Adzril, SA kata slip nombor tu tak boleh didaftarkan kat kereta saya lah"

Saya pun panik sekejap.

Semakan Maklumat Pendaftaran Nombor Plate

Saya cuba semak kembali semula perbualan (chat) saya dengan pelanggan ini dan buat crosscheck dokumen yang diberikan dengan slip nombor plate yang telah diperolehi. Semua maklumat dalam slip nombor plate sama dengan maklumat yang ada dalam dokumen pendaftaran syarikat beliau.

Pendaftaran bagi kenderaan baru, bukan interchange nombor plate

Saya pasti pelanggan ini hendak mendaftarkan kenderaan (kereta) baru atas nama syarikat dan bukannya urusan interchange nombor plate. Jadi saya makin yakin ianya tiada sebarang kesalahan. Dan sepatutnya urusan pendaftaran nombor kenderaan baru ini berjalan lancar.

Nombor baru bagi pendaftaran Syarikat Vs Nombor lama pendaftaran Syarikat

Saya terus menghubungi pihak JPJ bahagian perlesenan di kaunter berkenaan masalah ini. Pihak JPJ menerangkan bahawa isu ini adalah berkaitan dengan pembiayaan (pinjaman) yang dibuat. Sekiranya SA hantar permohonan pembiayaan ke bank menggunakan nombor lama bagi nombor pendaftaran syarikat, jadi permohonan untuk mendapatkan nombor plate juga haruslah menggunakan nombor lama pendaftaran syarikat. Begitulah sebaliknya.

Rupanya SA telah menghantar permohonan pembiayaan ke bank menggunakan nombor pendaftaran syarikat format lama. Manakala saya telah membuat tempahan nombor plate menggunakan nombor pendaftaran syarikat format baru. Pendaftaran nombor plate ke kereta tidak berjaya kerana nombor pendaftaran berlainan.

Kalau ikut logik, takde masalah pun sebab nama syarikat tetap sama dan nombor pendaftaran syarikat format lama dan baru jelas terpampang dalam dokumen pendaftaran syarikat.

Format Baru Nombor Pendaftaran Syarikat oleh SSM

Untuk pengetahuan pembaca semua, SSM telah menggantikan semua nombor pendaftaran syarikat kepada format baru. Format baru ini tidak mempunyai huruf dalam nombor pendaftaran syarikat.

Jika sebelum ini format nombor pendaftaran syarikat mempunyai huruf. Contohnya 123456 - W.

Untuk format baru nombor pendaftaran syarikat dari SSM adalah berbentuk kesemuanya nombor. Contohnya 201608087567.

Nombor pendaftaran syarikat format lama dan format baru dipaparkan sekali dalam notification of Change in the registered.

Semua syarikat yang mempunyai nombor pendaftaran lama akan diberikan nombor pendaftaran baru seiring dengan nombor pendaftaran dalam dalam dokumen syarikat mereka. Nama syarikat akan tetap sama dan tiada apa yang berubah selain format nombor pendaftaran sahaja.

Boleh teruskan pendaftaran atau buat permohonan ubah slip nombor plate

Untuk kes pelanggan saya ini, pihak JPJ memaklumkan isu ini cuma isu kecil kerana nama syarikat tidak berubah dan nombor pendaftaran syarikat format lama pun masih terpapar dalam dokumen pendaftaran syarikat. Seharusnya pendaftaran boleh diteruskan.

Namun sekiranya salah satu pihak enggan melancarkan urusan ini, maka pelanggan perlu membuat permohonan kepada pihak JPJ untuk mengubah maklumat nombor pendaftaran syarikat dalam slip nombor plate untuk sama dengan borang K1 yang dikeluarkan.

Permohonan pertukaran maklumat ini perlu dibuat melalui email ke bahagian perlesenan dan mengambil masa lebih kurang 1 minggu untuk selesai. Saya dimaklumkan bahagian perlesenan JPJ akan rujuk perkara ini ke bahagian IT untuk membuat pertukaran maklumat dalam slip nombor pendaftaran.

Tiada sebarang kos dikenakan untuk urusan ini, namun sekiranya menggunakan servis runner, ada sedikit upah yang perlu dibayar.

Pastikan Maklumat Pendaftaran adalah tepat.

Dengan berlakunya kes ini, saya dapat maklumat baru yang mana saya dapat memperbaiki servis saya selepas ini. Saya akan pastikan pelanggan yang nak membeli nombor plate untuk kenderaan syarikat perlu maklumkan kepada SA tentang tempahan nombor plate yang dibuat. Sekiranya SA telah menghantar permohonan pembiayaan, saya perlukan pastikan format nombor pendaftaran syarikat yang dihantar kepada pihak bank.

Bagi anda yang nak membuat tempahan nombor plate Putrajaya atau mana-mana plate Negeri lain, anda boleh terus hubungi saya di O1O6OO9966 (Call/Whatsapp).

Friday, February 4, 2022

Nombor Plate 2 dan 3 Digit Cepat Habis, Ini Cara Terbaik Untuk Dapatkan.

Bagi yang mementingkan nombor berbanding huruf dalam memilih nombor pendaftaran kenderaan, semestinya anda nak nombor yang cantik dalam kategori special atau golden. Tapi malangnya nombor plate 2 dan 3 digit cepat habis. Kadang-kadang bila masuk je akaun MySikap, tak dapat pun nak beli nombor 3 digit. 2 digit apatah lagi.

Bersedia depan akaun Mysikap atau depan kaunter JPJ

Kalau mengikut pengalaman saya dan nasihat dari runner lain, untuk tempahan nombor 3 digit perlu pantas. Maksudnya, sekiranya anda nak plate VHJ316 anda perlu bersiap siaga depan akaun MySikap anda apabila running number VHH sudah mencecah angka 9xxx.

Ini kerana pada tahap nombor dibawah 1000 kebiasaanya perjalanan pendaftaran nombor berlalu begitu pantas. Sama ada anda bertuah berada depan akaun Mysikap atau berada di kaunter pendaftaran pada ketika nombor dibuka untuk tempahan, anda berkemungkinan akan dapat nombor pendaftaran kenderaan bawah 1000.

Mana-mana nombor pendaftaran pun sama tak kira mana-mana negeri dalam Malaysia. Kalau bawah 1000 memang cepat habis. Selepas habis 1000, barulah pace (rentak) pergerakan pendaftaran kembali normal.

Terlepas Nombor Idaman

Saingan untuk mendapatkan nombor 2 atau 3 digit secara running mode boleh dikatakan agak sukar kerana beberapa faktor;

  1. Ramai penyimpan nombor-nombor menarik dalam kalangan 'jerung'
  2. Nombor telah dibida oleh pembeli semasa proses bidaan.
  3. Semakin ramai yang berminat untuk mendapatkan nombor cantik dan ringkas untuk kenderaan.

Sekiranya anda terlepas mendapatkan nombor idaman, anda masih boleh lakukan perkara berikut;

  1. Tunggu huruf seterusnya untuk dapatkan nombor idaman
  2. Bersaing dalam proses pembidaan nombor yang diingini
  3. Dapatkan khidmat runner yang lebih berpengalaman untuk mendapatkan nombor idaman.

Nombor Pendaftaran Putrajaya

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran Putrajaya (F, FA, FB, FC, FD, FE dan seterusnya) anda boleh Whatsapp saya di O1O6OO9966. Plet Putrajaya ni lagi best tau dari plate negeri lain.