Tuesday, January 7, 2025

Tempahan plate FG Putrajaya dibuka

Plate FG dibuka tahun 2025

Sedar tak sedar tamatlah sesi bidaan untuk plate FG pada 6 Januari 2024. Tak tahulah FG ni kurang hype atau saya yang tak rasakan sensasinya. Mungkin sebab FG takde isu blocked number, jadi ianya taklah segah plate FF. Jadi macam biasa kalau fasa bidaan telah tamat, makan tempahan plate FG Putrajaya dibuka sekarang.

Plate FG masih ada peminat. Buktinya pada tahun 2023 dan 2024 berapa orang dah tanya pasal bila akan keluar plate FG? Saya macam biasa akan maklumkan pada yang bertanya mengikut kiraan dan ketetapan yang biasa JPJ buat. Sebab plate FF dilancarkan pada April 2023.

"FG akan keluar pada April 2024 Tuan, Cik, Puan"

Itulah dialog saya bila ada yang bertanya. Tapi rupanya FG tak keluar pun pada April 2024 tu. Yang keluar pada tahun 2024 time tu kalau tak silap FFF, GOLD, M_M dan EV dan PETRA dan MADANI.

Meriah betul tahun 2024 dengan pelancaran plate baru ye. Tapi batang hidung FG langsung tak kelihatan.

Rupanya..

Plate FG dilancarkan awal tahun 2025. Sesi bidaan pada 2 Januari 2025 dan tamat pada 6 Januari 2025 jam 10 malam.

Saya sendiri macam biasa akan terlibat dalam sesi bidaan ni. Apa yang boleh saya katakan adalah sesi bidaan kali ini langsung takde lagging, hang dan system down. Server JPJebid berfungsi secara terbaik dan optimum.

Ada 2 kemungkinan;

  1. Server JPJebid telah dinaik taraf kemampuan dan keupayaannya, atau
  2. FG memang takde sambutan sangat semasa sesi bidaan. (lagipun cuma ada 1 sesi bidaan pada waktu itu)

Apa pun cerita disebaliknya, FG kini telah dibuka tempahan. Bagi yang berminat boleh hubungi saya OIO6OO9966 untuk urusan tempahan dan pertanyaan.

Wednesday, November 27, 2024

No plat F Negeri mana dan siri apa yang terkini?

No plat F negeri mana agaknya? Bagi saya siri F ni nampak premium dan eksekutif. Even siri X, Y, E dan V pun tak boleh lawan. Tapi ni pendapat saya je lah. Siri F adalah khas untuk Wilayah Putrajaya. Siri Putrajaya bermula dengan;

  1. Putrajaya (telah habis dijual)
  2. F (telah habis dijual)
  3. FA (telah habis dijual)
  4. FB (telah habis dijual)
  5. FC (dibuka untuk tempahan)
  6. FD (dibuka untuk tempahan)
  7. FE (dibuka untuk tempahan)
  8. FF (telah habis dijual)
  9. FG (belum diumumkan)

FFF No plat Negeri mana?

Dalam list di atas ni, mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa tak disenaraikan sekali siri FFF?

Walaupun ianya bermula dengan huruf F, sebenarnya FFF bukanlah siri turutan untuk Putrajaya. FFF termasuk dalam kategori Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI). Ianya duduk sama kelas dengan;

Mana mungkin turutan siri Putrajaya dari FF ke FFF? Kalau ikut turutan (sequence) selepas FF sudah semestinya FG. Cuma tak tahulah kenapa FG tak diumumkan lagi pada tahun 2024. Mungkin sebab JPJ bagi laluan dan jalan untuk siri NPI dilancarkan dulu.

Mana tak nya, tahun 2024 banyak betul siri NPI dilancarkan. M_M, GOLD, Petra, MADANI dan EV. Jadi untuk siri Putrajaya FG tunggu kejap ye. FD pun dulu delay setahun, tapi sebab dunia tengah sibuk time tu dilanda kobibodh.

Pelancaran siri F (tahunan)

Jadi seperti yang saya tahu, siri F Putrajaya ni hanya dilancarkan pengeluarannya setahun sekali. Dan biasanya dilancarkan pada Hari JPJ Malaysia iaitu pada setiap 1 April setiap tahun. Itu ketetapan yang ditetapkan oleh JPJ la. Tapi ianya bergantung pada keadaan situasi jugak.

Sejak FD turutan plate Putrajaya ni macam dah tak ikut ketetapan setahun sekali tu. Ianya menjadi lebih fleksibel. Jadi ketetapan pelancaran siri baru Putrajaya setahun sekali tu bukanlah sesuatu yang 'wajib' dipatuhi turutannya. Ianya hanya sebagai panduan.

Tempah dan beli plat F

Sama macam siri untuk Negeri-negeri lain di Malaysia, no plat F ni juga perlu melalui fasa dan prosedur yang sama;

  1. JPJ Putrajaya umumkan tarikh sesi bidaan
  2. Bidaan online dijalankan secara atas talian (online), biasanya akan berlangsung selama 5 hari.
  3. Dibuka untuk tempahan (baki nombor yang tidak dibida)

Bezanya pembelian no plate F tidak dibuka dalam sistem Mysikap seperti siri-siri Negeri lain. Ini yang membuatkan siri F ni unik. Nak cakap sama macam siri state lain pun tak, tapi proses awal tetap sama. Nak cakap nombor special tak jugak, tapi tak boleh dibeli di Mysikap malah tak boleh dibeli di kaunter JPJ selain Putrajaya.

Jadi bagi mereka yang berminat nak tempah dan beli no plat f ni, boleh la hubungi saya OlO6OO9966. Saya akan bagi senarai harga (termasuk upah saya) untuk urusan pembelian.

Sunday, October 6, 2024

Apa itu borang K1 (urusan JPJ)?

Saya akan terangkan secara santai berkenaan apa itu borang K1. Pendek kata saya akan terangkan dalam bahasa yang mudah difahami oleh ramai orang. Secara ringkas borang K1 adalah borang untuk daftar kenderaan baru. Tak kisah la kereta atau motor, sebelum kenderaan itu didaftarkan di JPJ, perlu ada borang K1 untuk kenderaan tersebut.

Borang K1 ini akan disediakan oleh Sales Advisor (SA) atau kedai motor. Borang ini perlu disiapkan sesudah kereta atau motor sudah tersedia dan sebelum urusan pendaftaran dibuat di JPJ.

Isi kandungan borang K1

Apa je maklumat yang terkandung dalam borang K1 tu? Ada 6 maklumat yang terdapat dalam borang K1;

  1. Nombor enjin
  2. Nombor Chassis
  3. Nombor pendaftaran (perlu diisi sekiranya nombor telah ada)
  4. Penama dan nombor ic
  5. Alamat
  6. Jenis kenderaan, CC dan warna.

Urusan pendaftaran guna borang K1

Macam yang saya terangkan awal tadi, SA atau kedai motor akan siapkan/sediakan borang ini sesudah kereta atau motorsikal sudah tersedia (ada stock) dan ready untuk dihantar ke pelanggan. Urusan pendaftaran biasanya dibuat oleh SA atau runner kedai motor di JPJ. Sebab tu tak ramai tahu apa itu borang K1.

Kegunaan borang K1

Borang K1 juga boleh digunakan untuk urusan interchange (tukar nombor) kenderaan. Sebagai contoh anda ada kenderaan terpakai dan nak buang nombor itu, anda boleh gunakan borang K1 (borang daftar kenderaan baru) ini untuk meletakkan nombor kenderaan lama itu ke kenderaan baru, biasanya motorsikal.

Jadi dalam borang K1 itu tadi, akan dimasukkan 6 maklumat tadi termasuk nombor plate kenderaan terpakai itu tadi. Nombor kenderaan terpakai itu akan diletakkan pada kenderaan baru dan kenderaan terpakai akan dimasukkan nombor pendaftaran baru yang belum pernah didaftar di mana-mana kenderaan.

Tukar nombor plate (Interchange)

Urusan tukar nombor plate kenderaan ini agak rumit bagi mereka yang tak pernah buat. Tapi bagi runner, biasanya mereka mahir dengan selok belok urusan interchange ini. Secara ringkas untuk interchange;

  1. Kenderaan lama buat pemeriksaan B2 Puspakom,
  2. Print borang K1 yang lengkap dan keputusan B2 Puspakom yang telah lulus,
  3. Bawa ke JPJ Dan buat urusan interchange.

Bagi anda yang berniat yang buang nombor kenderaan lama Dan nak masukkan nombor pendaftaran baru ke kenderaan lama, anda boleh hubungi saya untuk proses lengkap dan cara mendapatkan borang K1.

Hubungi saya, O1O6OO9966.

Next topik saya akan terangkan cara untuk buat temu janji di Puspakom.

Thursday, July 11, 2024

Kenapa Plate FFF tak meletop macam FF

Nombor pendaftaran FFF yang dilancarkan pada Mei 2024 membuatkan peminat nombor pendaftaran siri FG (Putrajaya) kebingungan. Ku sangka FG yang akan dilancarkan, eh tau-tau FFF pulak. Punca plate FFF tak meletop macam FF, Ianya hanya suam-suam kuku macam plate NPI sebelumnya iaitu siri GOLD.

Disclaimer: Ini hanyalah pendapat saya sebagai seorang yang secara santai mengikuti Siri nombor pendaftaran kenderaan.

Kenapa plate FFF tak meletop macam plate FF

Pendapat saya ni berdasarkan 2 faktor.

  1. Kesengitan bidaan
  2. Jualan nombor pendaftaran siri FFF

Kesengitan bidaan

Saya mula berjinak membida nombor pendaftaran bermula siri FD pada tahun 2021. Masa tu saya agak berpeluh jugak sebab saingan boleh tahan hebat. Kemudian seterusnya bidaan nombor pendaftaran FE pada tahun 2022. Boleh dikatakan kesengitan persaingan untuk bidaan FE sama dengan FD atau mungkin lebih sikit dalam 10% ke 20%.

Mungkin salah satu faktornya tempahan bidaan (upah bid) yang saya terima adalah nombor yang agak cantik dan popular yang menjadi rebutan ramai. Kalau nak cakap pasal server, heng jugak. Tapi biasa je heng camtu setiap kali berlangsung sesi bidaan untuk siri Putrajaya ni.

Jadi, pada tahun 2023, bidaan untuk FF. Sebelum sesi bidaan ni, berdasarkan pengalaman bidding FD, FE dan state (Negeri) lain, saya susun strategi dan tambah team untuk kerja-kerja bidaan. Kiranya kalau situasi sama macam bidaan FD dan FE, confirm saya boleh menang banyak bidaan kali ni. 100% yakin. Memang kami dah ready dari segi emosi, tools untuk bidding (internet laju, device berfungsi baik).

Dan ya! Kami menang 10/15 nombor yang kami bid. Tapi itu bukan pointnya. Untuk sesi bidaan FF, pengalaman tu yang paling berharga. Antara yang berlaku pada sesi bidaan FF dari pemerhatian saya adalah;

  1. Pembida sudah letak harga bidaan yang tinggi pada hari pertama jam 9 pagi. Contoh nombor bernilai RM3000 telah dibida RM300,000 pada hari pertama.
  2. Server JPJebid telah tergantung (heng) pada hari pertama bidaan. Kalau tak silap saya jam 1 tengahari.
  3. Server JPJebid heng pada hari terakhir bidaan bermula 3.30 petang. Untuk siri FD dan FE biasanya server akan heng sekitar 8 atau 9 malam.
  4. Fungsi Captcha dimansuhkan dari halaman login JPJebid. Mungkin untuk memudahkan urusan login akaun yang kerap terlogout.
  5. Bidaan dilanjutkan sehari lagi untuk bagi peluang pembida membida nombor yang mereka mahukan. Ini yang jem ni, time ni saya dah berjaya bid FF81 dengan harga RM53,000. Esoknya masa bid bersambung, saya kalah FF81 ni dengan last bidaan RM79,000.00.

Selain dari tu, saya tengok keluhan pembida lain dalam Group Facebook yang rata-rata mengakui bidaan Nombor Pendaftaran siri FF sangat intense. Mereka gelarkan FF sebagai King nombor plate merampas takhta siri pendaftaran WWW.

Saya tak pasti pulak siri WWW punya King berdasarkan faktor apa. Sebab rasanya time tu belum ada bidaan secara online (JPJebid).

Jualan Nombor Pendaftaran siri FFF

Sebagai seorang runner yang membuat urusan tempahan pembelian nombor siri FFF, saya sendiri merasakan kemasukan jualan tidaklah begitu memberangsangkan.

Mungkin atas sebab faktor harga atau pencarian pembelian tidak bertumpu di Google untuk menemui blog saya ni.

Kalau nak cakap faktor, saya boleh senaraikan faktor-faktor lain yang ada dalam fikiran saya;

  1. harga
  2. siri agak panjang, 3 alphabet
  3. ada pilihan siri lain yang lebih menarik
  4. pembeli tak guna platform Google untuk carian pembelian nombor plate FFF
  5. nombor lebih penting dari siri (alphabet)
  6. FFF bukan siri Putrajaya
  7. dan lain-lain.

Walau apa pun, bagi anda yang berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran FFF, boleh berhubung dengan saya melalui Whatsapp atau call O1O6OO9966. Adios.

Tuesday, February 13, 2024

plate-boss

_wp_attachment_metadata a:6:{s:5:"width";i:550;s:6:"height";i:550;s:4:"file";s:23:"2024/02/plate-boss.webp";s:8:"filesize";i:38994;s:5:"sizes";a:4:{s:6:"medium";a:5:{s:4:"file";s:23:"plate-boss-300x300.webp";s:5:"width";i:300;s:6:"height";i:300;s:9:"mime-type";s:10:"image/webp";s:8:"filesize";i:21340;}s:9:"thumbnail";a:5:{s:4:"file";s:23:"plate-boss-150x150.webp";s:5:"width";i:150;s:6:"height";i:150;s:9:"mime-type";s:10:"image/webp";s:8:"filesize";i:8102;}s:14:"post-thumbnail";a:5:{s:4:"file";s:23:"plate-boss-550x540.webp";s:5:"width";i:550;s:6:"height";i:540;s:9:"mime-type";s:10:"image/webp";s:8:"filesize";i:55318;}s:15:"yarpp-thumbnail";a:5:{s:4:"file";s:23:"plate-boss-120x120.webp";s:5:"width";i:120;s:6:"height";i:120;s:9:"mime-type";s:10:"image/webp";s:8:"filesize";i:5562;}}s:10:"image_meta";a:12:{s:8:"aperture";s:1:"0";s:6:"credit";s:0:"";s:6:"camera";s:0:"";s:7:"caption";s:0:"";s:17:"created_timestamp";s:1:"0";s:9:"copyright";s:0:"";s:12:"focal_length";s:1:"0";s:3:"iso";s:1:"0";s:13:"shutter_speed";s:1:"0";s:5:"title";s:0:"";s:11:"orientation";s:1:"0";s:8:"keywords";a:0:{}}}

FF-sold-out-1

_wp_attachment_metadata a:6:{s:5:"width";i:550;s:6:"height";i:550;s:4:"file";s:26:"2024/02/FF-sold-out-1.webp";s:8:"filesize";i:24572;s:5:"sizes";a:4:{s:6:"medium";a:5:{s:4:"file";s:26:"FF-sold-out-1-300x300.webp";s:5:"width";i:300;s:6:"height";i:300;s:9:"mime-type";s:10:"image/webp";s:8:"filesize";i:12802;}s:9:"thumbnail";a:5:{s:4:"file";s:26:"FF-sold-out-1-150x150.webp";s:5:"width";i:150;s:6:"height";i:150;s:9:"mime-type";s:10:"image/webp";s:8:"filesize";i:4824;}s:14:"post-thumbnail";a:5:{s:4:"file";s:26:"FF-sold-out-1-550x540.webp";s:5:"width";i:550;s:6:"height";i:540;s:9:"mime-type";s:10:"image/webp";s:8:"filesize";i:32926;}s:15:"yarpp-thumbnail";a:5:{s:4:"file";s:26:"FF-sold-out-1-120x120.webp";s:5:"width";i:120;s:6:"height";i:120;s:9:"mime-type";s:10:"image/webp";s:8:"filesize";i:3510;}}s:10:"image_meta";a:12:{s:8:"aperture";s:1:"0";s:6:"credit";s:0:"";s:6:"camera";s:0:"";s:7:"caption";s:0:"";s:17:"created_timestamp";s:1:"0";s:9:"copyright";s:0:"";s:12:"focal_length";s:1:"0";s:3:"iso";s:1:"0";s:13:"shutter_speed";s:1:"0";s:5:"title";s:0:"";s:11:"orientation";s:1:"0";s:8:"keywords";a:0:{}}}

FF-sold-out

_wp_attachment_metadata a:6:{s:5:"width";i:550;s:6:"height";i:550;s:4:"file";s:24:"2024/02/FF-sold-out.webp";s:8:"filesize";i:24572;s:5:"sizes";a:4:{s:6:"medium";a:5:{s:4:"file";s:24:"FF-sold-out-300x300.webp";s:5:"width";i:300;s:6:"height";i:300;s:9:"mime-type";s:10:"image/webp";s:8:"filesize";i:12802;}s:9:"thumbnail";a:5:{s:4:"file";s:24:"FF-sold-out-150x150.webp";s:5:"width";i:150;s:6:"height";i:150;s:9:"mime-type";s:10:"image/webp";s:8:"filesize";i:4824;}s:14:"post-thumbnail";a:5:{s:4:"file";s:24:"FF-sold-out-550x540.webp";s:5:"width";i:550;s:6:"height";i:540;s:9:"mime-type";s:10:"image/webp";s:8:"filesize";i:32926;}s:15:"yarpp-thumbnail";a:5:{s:4:"file";s:24:"FF-sold-out-120x120.webp";s:5:"width";i:120;s:6:"height";i:120;s:9:"mime-type";s:10:"image/webp";s:8:"filesize";i:3510;}}s:10:"image_meta";a:12:{s:8:"aperture";s:1:"0";s:6:"credit";s:0:"";s:6:"camera";s:0:"";s:7:"caption";s:0:"";s:17:"created_timestamp";s:1:"0";s:9:"copyright";s:0:"";s:12:"focal_length";s:1:"0";s:3:"iso";s:1:"0";s:13:"shutter_speed";s:1:"0";s:5:"title";s:0:"";s:11:"orientation";s:1:"0";s:8:"keywords";a:0:{}}}