Wednesday, November 1, 2023

Plate FF telah habis dijual, atau...

Seperti yang saya jangka, plate FF telah habis dijual. Sebenarnya dah boleh nampak perkara ni berlaku. Masa sesi bidaan FF, lain macam intensenya, lain macam stressnya, dalam hati saya cakap " FF ni memang legend ".

Secara tidak rasminya, FF telah habis dijual pada bulan Oktober 2023. Tapi jangkaan saya sebenarnya FF akan habis dijual seminggu selepas tempahan dibuka kepada umum. Tapi sangkaan meleset, tapi tak merubah hakikat siri FF antara yang paling cepat habis berbanding siri Putrajaya yang lain.

Plate FF dah sold out

Mana taknya, bidaan FF dilanjutkan sebab ramai mengeluh sistem heng. Kalau siri lain, sistem akan heng pada hari akhir bidaan. Tapi yang kelakarnya, sesi bidaan FF di JPJebid dah heng seawal hari pertama.

Itu belum cukup gila, memandangkan sistem JPJebid yang kejung tu, JPJ telah melanjutkan tempoh bidaan 1 hari. Yang dah seronok menang bid (bidaan tertinggi) pada 18 Mei 2023 tu jadi makin stress. Punya la susah nak tembus sistem dan dapat buat bayaran untuk dapat kedudukan tertinggi bidaan, sekali JPJ umumkan tambahan hari bidaan.

Apa yang menariknya bidaan siri FF ni, pemain atau peminat nombor pendaftaran Putrajaya dah mula matang. Mereka terus letak jumlah bidaan tertinggi pada hari pertama. Tak perlu tunggu sampai hari akhir dan saat akhir untuk berebut.

Ada 1 kes tu, saya tak ingat nombor apa, dengan harga lantai RM3000, pembida pertama terus letak RM16,000.00. Mungkin pada sangkaan dia, dia dah menang. Sekali datang pembida lain terus letak RM80,000.00

Ada jugak nombor lain yang pembida terus letak Rm300,000.00 tanpa tunggu pembida lain masuk line.

Bidaan tertinggi dalam sejarah bidaan nombor pendaftaran di Malaysia.

Menurut laporan Sinar Harian, siri FF merupakan siri yang paling ramai pembida dan paling banyak nombor dibida berbanding siri-siri lain sebelum ini. (sumber Sinar Harian).

Dalam satu-satu siri, terdapat 9999 nombor yang dibuka untuk jualan dan bidaan. Tapi untuk siri FF, sebanyak 8,348 dah habis dibida. Maksudnya baki 1,651 unit nombor je lagi untuk dijual. Sebab tu saya jangkakan nombor-nombor baki FF ni akan habis dijual dalam tempoh 1 minggu je. Paling lewat 2 minggu.

Plate FF paling legend

Ada sorang kawan bagitau, FF ni dah merampas takhta legend nombor pendaftaran siri WWW tahun 2001 kalau tak silap. Sekarang kiranya FF dah pegang la title legend siri paling dikejar peminat-peminat nombor plate di Malaysia.

Selain dari gandaan alfabet yang menarik, kemajuan teknologi jugak memainkan peranan yang besar bagi faktor awareness terhadap siri pendaftaran kenderaan menarik.

Kita tunggu siri lain yang akan buat gandaan kembar macam FF dan WWW. FFF mungkin? Haha.

FOMO

Fear of missing out (fomo) ni lah yang menyebabkan orang beli nombor pendaftaran kenderaan bukan mengikut keperluan, tapi ikut kehendak. Maksud saya orang yang beli tu sendiri tak pasti bila dia akan gunakan nombor plate yang dia nak beli, tapi yang pasti dia kena beli takut nanti orang lain pulak ambik, atau takut nanti habis.

FF akan buat 'comeback' selepas setahun

Jadi atas faktor FOMO itu tadi, saya jangkakan siri FF akan buat 'comeback' selepas setahun. InsyaAllah Jun 2024 akan muncul banyak nombor siri FF yang masih avaiable. Sekarang ni pun boleh Whatsapp saya O1O6OO9966 untuk semak sama ada masih ada berbaki ke FF ni.

Manalah tahu anda nak sangat FF NOS (new old stock). Ok bukak whatsapp, dan hubungi saya. Terima kasih.

p/s: Bagi saya, single F antara siri paling cantik. Tapi dah habis jugak.

Tuesday, August 29, 2023

Plate M M Sempena Malaysia Merdeka

JPJ telah mengeluarkan siri istimewa untuk nombor pendaftaran kenderaan yang baru. Plate istimewa ini adalah bersempena dengan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke 66. Plate M M ini mula dibida pada 31 Ogos 2023.

Bagi anda yang ingin mendapatkan nombor plate M _ M ini, boleh hubungi saya di O1O6OO9966. Saya akan membuat semakan sama ada nombor yang anda ingin beli masih ada atau sudah dibeli orang lain. Cepat sementara stok masih ada.

Tempoh simpan nombor pendaftaran baru

Untuk tempahan nombor plate M _ M ini, boleh dibuat selepas tamat tempoh bidaan yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ. Setiap nombor yang dibeli mesti didaftarkan pada kenderaan dalam tempoh 6 bulan. Selepas 6 bulan, sekiranya nombor pendaftaran ini tidak didaftarkan, maka ianya akan dibuka semula kepada pembeli lain.

Sekiranya anda masih belum ada kenderaan untuk didaftarkan selepas 6 bulan, anda dikehendaki membeli semula nombor anda itu sejurus ianya tamat tempoh.

Contoh susunan plate M

Susunan pagi plate M ini adalah M_M. Ianya dimulai dengan M kemudian nombor dan diakhiri dengan huruf M.

Contoh : M8881M, M1M, M3876M.

Maksud Plate M_M

Pada pendapat saya, ini merupakan siri plate yang unik dan menarik. Apa-apa nombor kelihatan cantik bila dipadankan dengan huruf M pada permulaan dan diakhiri dengan huruf M. M_M membawa maksud Malaysia Merdeka.

Harga Plate M

Harga bagi jenis nombor adalah berbeza. Sama seperti siri-siri nombor pendaftaran yang lain. Untuk Nombor ;

  1. Golden (Nombor bernilai Utama),
  2. Attractive (Nombor menarik) dan
  3. Popular (Nombor popular)

adalah dinasihatkan untuk mendapatkannya pada sesi bidding. Selepas sesi bidding iaitu pada 31 Ogos 2023 sehingga 4 September 2023, nombor-nombor berkenaan tidak boleh dibeli lagi. Hanya nombor berbaki sahaja yang boleh dibeli selepas 4 September 2023.

Saturday, May 13, 2023

Cara Bid Nombor Plate Guna JPJebid

Satu-satunya cara untuk bid nombor pendaftaran kenderaan JPJ adalah dengan menggunakan platform JPJebid. Semua siri baru nombor plate akan masuk fasa bidding sebelum siri itu running di akaun Mysikap (kecuali Plate Putrajaya). Teruskan bacaan untuk tahu cara bid nombor plate guna JPJebid.

Daftar akaun JPJebid

Masuk ke laman web JPJebid dan daftar 1 akaun. Pendaftaran adalah percuma. Tidak perlu ke JPJ untuk daftar akaun JPJebid.

Login ke akaun JPJebid

Selesai proses pendaftaran dan pengesahan akaun, login ke akaun JPJebid anda. Anda akan lihat paparan dimana siri pendaftaran yang sedang dibida dipaparkan. Kalau tiada sebarang siri pendaftaran dipaparkan, maksudnya tiada siri yang sedang dibida, tunggu Notis Awam dari pihak JPJ untuk siri seterusnya.

Mula bid nombor pendaftaran kenderaan

Untuk mula bid nombor yang anda inginkan, masukkan nombor dibahagian carian. Contohnya anda masukkan nombor 9575, tekan butang cari dan semua siri yang mengandungi nombor 9575 akan dipaparkan.

Pilih siri yang anda hendak bid, dan bayar RM10 untuk memulakan bidaan.

Bayaran RM10 untuk mulakan bidaan

Untuk memulakan bid nombor, anda wajib membuat bayaran sebanyak RM10. Selepas selesai membuat pembayaran, anda boleh melihat carta terkini jumlah bidaan tertinggi untuk nombor yang anda pilih. Kalau carta tu kosong bermaksud, masih belum ada sesiapa yang masuk bid nombor itu.

Bayar jumlah bid untuk masuk dalam carta

Bayar jumlah yang anda nak bid untuk nombor pilihan dan tunggu sehingga tamat tempoh bid. Tempoh bid biasanya akan berlangsung selama 5 hari.

Tamat bid nombor

Sekiranya bidaan anda tidak dilawan oleh pembida lain sehingga tamat tempoh bidaan, maka anda adalah pemenang nombor itu. Sekiranya ada pembida lain yang memintas jumlah bidaan anda, maka dialah pemenang. Namun sebelum tamat tempoh bidaan, anda masih berpeluang untuk tambah jumlah bidaan anda untuk mengalahkan pembida lain.

Strategi bid nombor pendaftaran JPJebid

Cara bid nombor plate guna JPJebid memang nampak mudah dan straightforward. Tapi kalau tak kena cara, mau berpeluh ketiak nak lawan pembida lain. Di luar sana ramai pembida-pembida nombor yang berpengalaman untuk bid nombor plate. Masing-masing ada cara tersendiri.

Cara bid nombor macam jerung

Saya gelarkan mereka ini sebagai jerung. Pantang ada siri pendaftaran baru, biasanya mereka yang akan borong semua nombor-nombor cantik. Saya sediakan panduan Bid Macam Jerung untuk anda bid nombor plate dengan strategi yang biasa digunakan oleh jerung ini untuk mendapatkan nombor idaman. Selain modal, teknik dan skil juga penting untuk memenangi bidaan sesuatu nombor.

Saya juga sediakan asas-asas untuk kenal dunia bidding nombor dalam panduan ini. Ianya sesuai untuk orang yang langsung tak pernah membuat bidaan nombor plate di JPJebid.

Anda boleh dapatkan panduan (ebook) Bid Macam Jerung sekarang untuk mengetahui selok belok dan strategi bidding nombor plate kenderaan.

Dapatkan panduan Bid Macam Jerung (Free Edition) sekarang.

Sekiranya anda tidak berminat untuk bid sendiri, anda boleh lihat pengiraan berkenaan caj dan upah servis bid nombor plate yang saya dan team saya sediakan di artikel Caj dan Upah Bid Nombor Plate.

https://www.tiktok.com/@platedealer/video/7232685105469279489?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7228857202076354049

Tuesday, February 14, 2023

Cara Nak Booking Plate FF Lebih Awal

Biar saya berterus terang kat sini, untuk dapatkan mana-mana nombor pendaftaran secara awal (kecuali nombor pendaftaran dari NGO) anda memang wajib masuk bid. Jadi nombor-nombor kegemaran tu anda boleh dapat lebih awal dari orang lain. Begitulah juga untuk nombor plate Putrajaya. Saya akan ceritakan cara nak booking plate FF lebih awal.

plate FF Putrajaya

Terkini: FF telah habis dijual?

Fasa Kewujudan Nombor Pendaftaran Kenderaan Mana-mana Negeri

Tapi sebelum tu, kita kena fikir logik. Nombor pendaftaran yang belum wujud, memang belum boleh ditempah. Benda tak wujud camna nak tempah kan? Jadi bila nombor pendaftaran (mana-mana Negeri termasuk Putrajaya) itu akan wujud? Ianya wujud semasa fasa bidding. Orang lama panggil tender nombor.

Bidding biasanya akan berlangsung 5 hari. Dalam tempoh 5 hari ini semua pembida akan berlawan untuk dapatkan nombor idaman. Nasiblah kalau nak nombor popular, memang kena sediakan bajet tinggi sikit. Jarang betul jerung (pembida yang memburu nombor-nombor popular) terlepas pandang untuk beli nombor-nombor plate cantik.

Dapatkan Notifikasi Awal

Untuk tak terlepas pandang tempah nombor plate FF ni, anda perlu alert dengan pengumuman dari Jabatan Pengangkutan Jalan. Atau anda boleh Whatsapp saya di O1O6OO9966 untuk terima peringatan tarikh pembukaan fasa bidaan untuk plate FF. Saya sendiri akan maklumkan anda tentang pelancaran nombor pendaftaran FF semasa ia buka sesi bidaan.

Daftar Akaun JPJeBid

Anda juga perlu tahu cara untuk membuat bidaan di JPJ Ebid. Bidaan boleh dilakukan secara atas talian menggunakan Web Browser atau Aplikasi JPJeBID. Selain itu, anda juga perlu tahu selok belok tempahan dan bidaan untuk memastikan anda dapat bersaing dengan pembida senior yang sudah faham psikologi pembida-pembida lain.

Guna Nombor Plate FF Selepas Menang Bid

Untuk mana-mana nombor pendaftaran yang telah dimenangi, anda boleh menggunakan nombor pendaftaran tersebut sehari selepas anda terima keputusan kemenangan. Sekiranya keputusan bidaan tamat pada 20hb, maka pada 21hb anda akan menerima keputusan sama ada menang atau kalah.

Sekiranya anda menang, anda boleh terus mengguna atau mendaftarkan nombor berkenaan ke kenderaan (kereta atau motorsikal) anda. Sekiranya anda kalah, duit bidaan akan dikembalikan ke akaun (kad debit atau kredit) anda dalam masa 30 hari oleh pihak JPJ.

Pembelian Nombor plate FF

Sekiranya keputusan tidak menyebelahi anda, anda masih boleh beli nombor plate FF sejurus tempahan dibuka. Bagi tempahan menggunakan servis perkhidmatan saya, anda boleh Whatsapp ke O1O6OO996 (Adzril Magicalips PLT) untuk membuat tempahan.

Untuk plate Putrajaya, kebiasaannya tempahan akan dibuka dalam minggu kedua selepas tamat sesi bidaan. Saya sendiri akan maklumkan kepada anda sejurus tempahan plate FF boleh dilakukan.