Thursday, August 19, 2021
FB_IMG_1629390671430
Tuesday, August 17, 2021
motor dengan plate FC Putrajaya
pexels-pixabay-164686
pexels-cottonbro-4480447
no plate fd
Sunday, May 2, 2021
No Plat FD Paling Kontroversi setakat ni
Sebagai seorang runner nombor plat Putrajaya, pengalaman mengambil upah tempah nombor plat F, FA, FB dan FC memang menjadikan saya sedikit sebanyak faham prosedur yang ditetapkan oleh pihak JPJ. Dan yang penting cara berkomunikasi dengan pelanggan yang nak beli nombor plate Putrajaya. Setakat sekarang, no plat FD paling kontroversi.
Proses tempahan plat sehari
Kalau nak tempah plat FC, urusan hanya mengambil masa sehari sahaja. Pagi pergi book, petang saya dah deliver nombor (resit) ke customer untuk urusan pendaftaran. Kecuali nombor yang dibook adalah nombor yang telah tamat tempoh. Untuk nombor yang tamat tempoh, customer perlu tunggu sekurang-kurangnya 14 hari bekerja.
Begitu juga dengan nombor plat FA, FB dan F. Nombor dari siri ini perlu menunggu sekurang-kurangnya 14 hari bekerja kerana kebanyakkan nombor-nombor ini sudah dimohon oleh orang lain dan telah expired.

Nombor 3 digit Plate FD habis cepat
Isu ini agak sensitif sebab ramai yang bertanya kenapa nombor 3 digit untuk plat FD tidak boleh didaftarkan sedangkan ianya baru dilancarkan? Saya beranggapan 3 digit telah habis semasa proses bidding walaupun ianya satu jawapan yang kurang konkrit.
Atau mungkin permintaan terlalu banyak untuk tempahan 3 digit semasa mula-mula plate FD ni dibuka, jadi terdapat 'longgokan' tempahan yang menyebabkan 3 digit dianggap telah habis.
Kalau ada rezeki, saya akan maklumkan semula sekiranya pihak JPJ membuka nombor 3 digit untuk ditempah. Manalah tau kan kalau-kalau orang yang book 3 digit sebelum ni tak daftarkan nombor tu.
Kontroversi Aplikasi JPJ e-Bid (server down/slow)
Semasa proses bidaan juga berlaku beberapa kontroversi. Antaranya server JPJ untuk aplikasi JPJ e-BID yang meragam bermula 8 malam (lebih kurang) pada hari terakhir bidaan. Saya sendiri panik sebab bantu salah seorang customer untuk bid nombor plat FD beliau. Yang mana akhirnya bidaan saya dipintas 3 minit sebelum tempoh bidaan tamat. Nak tambah bidaan memang tak sempat sebab server down.

Bidaan dipintas orang lain selepas tamat tempoh bidaan.
Selain itu, terdapat juga komen-komen dari rakan lain yang mengatakan telah berjaya membida nombor plat FD yang dikehendaki sebelum tamat tempoh bidaan iaitu jam 10 malam. Tetapi bidaannya dipintas oleh orang lain pada jam 11.59 malam. Masing-masing berasa pelik kenapa bidaan mereka boleh dipintas selepas tamat tempoh bidaan yang ditetapkan iaitu jam 10 malam. Dan sistem bidaan telah pun ditutup selepas 10 malam. Ianya masih misteri. Saya sendiri tak berani nak kata apa-apa berkaitan sistem ini.

Tempoh tempahan selepas tamat bidaan
Sepengetahuan saya, seminggu selepas tempoh bidaan tamat, nombor running lain (baki selepas bidaan) akan dibuka pada orang awam untuk tempahan. Setahu saya lah. Maaf kalau salah. Tapi untuk plat FD, ianya mengambil masa lebih dari 2 minggu sebelum boleh ditempah. Mungkin ini isu kecil yang boleh diterima dan tak perlu diperbesarkan.

Senarai Nombor disiarkan berperingkat.
Untuk plat FC, senarai untuk tempahan dikeluarkan dari 1 - 9999 untuk mana yang masih tersisa. Tetapi untuk no plat FD pihak JPJ mengeluarkan senarai secara berperingkat. Buat masa ini nombor yang disiarkan bermula 3 angka 2XX (tapi 3 angka dah habis) dan berakhir dengan nombor 4999. Ini merupakan fasa 1. Fasa 2 akan dibuka selepas fasa 1 habis dijual. Walaupun bagaimanapun, anda boleh Whatsapp saya di O1O6OO9966 untuk mengetahui senarai nombor terkini plat FD.
Tidak dapat dipastikan apakah isu sebenar yang berlaku disebalik semua ini, saya sebagai runner no plat Putrajaya akan membantu anda yang nak mendapatkan no plat Putrajaya sebaik mungkin. Bagi anda yang berminat nak beli no plat FD boleh Whatsapp saya O1O6OO9966.
Kesabaran dari pihak customer yang ingin tempah no plat FD sangat-sangat dihargai. Sekian terima kasih.
Wednesday, April 14, 2021
Tempahan FF No Plat Terkini Putrajaya
Sehingga tarikh harini ini, tempahan untuk plate F, FA, FB, FC, FD dan FE masih dibuka seperti biasa. Namun ramai yang menantikan No Plat terkini Putrajaya bagi tahun 2023 ini iaitu Plate FF yang akan dibuka pada April 2023. Update: Nombor plate FF telah mula dibuka untuk tempahan bermula 6 Jun 2023.
Dengan ini Plate FF menyertai siri Plate Putrajaya yang lain iaitu FA, FB, FC, FD dan FE. Yang sedihnya, single F telah habis dijual.
Tempahan plate FE sudah dibuka.

Plate Putrajaya Hanya Setahun Sekali
Untuk pengetahuan anda, plate Putrajaya dilancarkan setahun sekali sahaja. Tahun 2019 adalah tahun dilancarkan Plate FC, manakala tahun 2020 adalah plate FD. Memandangkan FD dilancarkan lewat setahun iaitu 2021, FE pada April 2022, maka insyaAllah April tahun 2023 plat FF pula akan dilancarkan.

Urusan Tempahan Plate FD, FE, FF
Untuk tempahan plate FD anda boleh menghubungi saya melalui Whatsapp (O1O6OO9966 - Adzril Magicalips PLT) sebagai runner tempahan nombor plate anda. Saya akan menguruskan tempahan plate FD, FE, dan FF anda dari A to Z. Anda hanya perlu hantar resit pendaftaran (Slip Nombor) ke Salesman kereta atau kedai motor untuk urusan pendaftaran kenderaan anda.
Prosedur Tempahan Plate Putrajaya
Untuk memudahkan urusan tempahan, anda perlu menyediakan sekurang-kurangnya 3-5 nombor pilihan untuk ditempah. Kebarangkalian nombor yang anda pilih masih boleh didaftarkan adalah tinggi sebab plat FD, FE ini baru sahaja dilancarkan. (FD April tahun 2021, FE April tahun 2022). Untuk FF dibuka pada April 2023.
Selepas anda menyediakan 3-5 nombor pilihan (mengikut priority), dan kad pengenalan depan dan belakang bakal pemilik kenderaan yang hendak dibeli, anda boleh Whatsapp saya di O1O6OO9966 untuk urusan tempahan.
Harga mengikut Jenis-jenis Nombor Plate
Tempahan plate FE sudah dibuka.
Untuk pengetahuan (mungkin ramai yang sudah maklum), harga plate adalah berbeza bagi setiap nombor. Nombor plate terbahagi kepada 3 jenis;
- Biasa
- Popular
- Menarik (Bid)
- Golden (Bid)
Dari senarai itu kita sendiri boleh tahu nombor Golden merupakan yang paling mahal dan nombor Biasa adalah yang paling murah. Anda dinasihatkan untuk Whatsapp saya O1O6OO9966 untuk mengetahui lanjut berkaitan harga dan availability sesuatu nombor.
Perbezaan Plat Putrajaya dengan Plat Negeri Lain
Tempahan plat Putrajaya tidak boleh dibuat dalam MySikap. Walaupun plat FD. FE dan FF Putrajaya ini disenaraikan dalam MySikap 1-9999 tetapi ianya tidak boleh ditempah seperti nombor-nombor plat negeri lain. Ini menjadikan plat Putrajaya unik.
Sama seperti plate XX, UU, UUU, UUM dan lain-lain yang hanya boleh ditempah melalui NGO-NGO dan individu tertentu sahaja.
Anda juga boleh mendapatkan nombor Plate UM, UG, UC, UT dan UR dengan menghubungi saya O1O6009966
Selain itu, anda masih boleh menempah plat Putrajaya versi sebelumnya seperti FC, FB, FA dan F walaupun ianya telah lama dilancarkan. Sebab masih ada nombor yang berbaki dan nombor yang telah expired (tidak didaftarkan)
Runner plate Putrajaya dan Negeri-negeri lain
Sekali lagi, untuk membuat tempahan plat terkini Putrajaya, anda boleh menghubungi saya di O1O6OO9966 (Whatsapp atau Call). Saya hanya membuat urusan tempahan no plat Putrajaya, UR, UM, UT, UG, UC dan plate Negeri lain.